08 June, 2010

Reiki, Meditasi dan Islam

Salam pembaca,

Sebelum pembaca semua membaca lebih lanjut, penulis ingin katakan bahawa penulis bukanlah ahli agama spt ustaz, ulama dsb. Tetapi penulis ingin bercakap diatas fikiran rasional penulis berkaitan dengan reiki & meditasi. Bolehkah kita sebagai umat Islam melakukan semua ini?

Kalau hendak difikirkan, penulis dapat membayangkan begitu banyak perbahasan yang akan berlaku apabila kita membicarakan topik ini dan lebih-lebih lagi apabila kita mengaitkannya dengan unsur agama. Ya, memang banyak. Walaupun penulis ini naif dalam hal-hal agama tetapi tidak semestinya penulis tidak memikirkan kaitan agama dengan perlakuan meditasi dan juga reiki. Penulis saja membuka topik ini apabila terbaca artikel dari salah satu laman web indonesia. Dan, perkara ini telah pun dari mula disedari oleh penulis.

Apa itu reiki, dan apa isu disebalik kaitan agama?
Reiki ini mengikut pemahaman penulis yang penulis ringkaskan ialah salah satu cara kita merawat penyakit (fizikal, rohani, mental) menggunakan tenaga alam (universal). Pengamal reiki hanya boleh melakukan reiki apabila cakra padan badan mereka diselaraskan dengan getaran tenaga universal. Dengan itu, mudahlah badan mereka untuk menyerap tenaga alam dan melakukan penyembuhan.

Isu 1: Okay, pengamal reiki boleh menyerap tenaga selepas penyelarasan, dan boleh buat penyembuhan. Kamu lupakah? Penyembuhan itu datang dari tuhan yakni Allah?
- Sebagai umat islam memang kita tidak boleh percaya yang kita ini boleh menyembuhkan, kerana semua perkara yang berlaku adalah dengan izinnya. Kebanyakkan pengamal reiki akan taksub apabila mereka menyembuhkan sesuatu sehingga mereka lupa kuasa terhebat yang mengizinkan penyembuhan itu yakni Allah.

Didalam reiki, pengamalnya terpaksa mengikuti jadual untuk melakukan meditasi, membuat air terapi dan juga melakukan self healing. Meditasi ini adalah dengan keadaan duduk, dan berniat / afirmasi untuk melakukan meditasi reiki. Ianya sangat mudah. Hanya perlu tenangkan fikiran dan rasakan pergerakan energi-energi dibadan.

Isu 2: Duduk meditasi, dah macam buddha lah pulak!
Yep, jika anda perhatikan duduk meditasi dengan tangan sebegitu memang mirip patung-patung buddha. Penulis pun agak khuatir apabila melakukan meditasi ini. Sebenarnya, tujuan meditasi ini adalah untuk menenangkan fikiran supaya minda kita boleh memasuki minda bawah sedar. Isu duduk bersila itu tidak menjadi hal bagi penulis, tetapi anda harus berwaspada jika bermeditasi menggunakan kaedah2 yang mirip meditasi kaum hindu dsb. Jangan yang itu. Mereka mengamalkan mantra dan sebagainya. Cukuplah sekadar duduk dan tenangkan fikiran. Penulis, baring pun boleh jadi meditasi.

Isu 3: Meditasi boleh, solat tak buat!
Ini salah satu kesalahan besar, pengamal reiki. Penulis juga sedar akan hal ini, dimana kebanyakkan pengamal lebih gemar duduk bermeditasi daripada melakukan solat.

Dan untuk makluman, ada sesetengah aliran reiki yang bersifat islamik. Wah, betulke? Maksud penulis disini ialah konsep reiki mereka diubah dan disesuaikan dengan ajaran agama Islam. Macam mana tu? Contohnya, semasa melakukan reiki, pengamal itu perlulah berniat kepada Allah untuk melakukan penyembuhan dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Ada dikalangan, cerdik pandai agama ini, membahaskan isu ini. Mereka berkata bahawa itu hanyalah kaedah mereka mengaburi mata-mata pengamal untuk yakin dgn reiki. (penulis ada terbaca mengenai perkara ini dahulu). Ada yang menganggap ini tipu daya syaitan.

Isu 4: Berdasarkan isu-isu diatas, anda rasa? boleh ke kita lakukan reiki?
Persoalan ini, saya serahkan kepada mereka untuk membalas dan menerangkan dengan lebih lanjut.


Bagi penulis, reiki ini merupakan salah satu perkara yang diluar pengetahuan penulis. Kewujudannya tidak dapat diukur secara saintifik tetapi ramai yang mengakui akan kehadirannya. Ilmu penulis amat terhad untuk membahaskan dan membuktikan apa yang benar dan apa yang salah. Cukuplah sekadar penulis ingatkan, kita hanya manusia, kuasa yang hebat ialah Allah s.w.t. Dia yang mengizinkan segalanya. Dia juga mengetahui segalanya. Wallahualam.

Wassalam.

2 comments:

  1. saudara penulis..
    pada pandangan saya,segala apa yg ada di atas muka bumi ini adalah hak milik mutlak ALLAH S.W.T..ianya hanyalah pinjaman pada kita..walaubagaimanapun,kita perlu menghargai,menilai dan menjaganya sebaik yg mungkin..begitu juga dengan ilmu yg kita miliki..kita tidak perlu ragu2 selagi kita yakin apa yg kita buat adalah didasarkan oleh syariat Islam.jgn sesekali kita takbur@lari dari syariat.jika ada unsur2 yg lain dr syariat,kita seharusnya menghindarinya&lebih berhati2..yang penting,apapn yg kita lakukan,kita perlu ingat bahawa sesungguhnya semua yg berlaku diatas muka bumi ini adalah dengan izinNya..

    "..To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe..
    ~ Anatole France"

    ReplyDelete
  2. wow..this is my first time received very long, meaningul comments/advise from you syikin. hehe.

    Thanks in advance.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...