18 June, 2010

Law of Attraction atau niat?

Law of Attraction (LOA) ataupun dalam bahasa melayu dikenali dengan 'hukum tarikan' adalah perkara yang dipopularkan oleh barat dan baru-baru ini ramai diantara kita bercerita mengenainya. Penulis memperhatikan setiap gaya artikel dan coretan oleh penulis2 dan pengamal/pengajar diluar sana yang berbicara mengenai LOA.Ada diantara mereka yang begitu taksub dan mempercayai keajaiban LOA ini.

Ya, taksub disini maksud penulis ialah dengan mempercayai bahawa LOA ini dapat mendatangkan impian yang anda inginkan. Dan kebanyakkan daripada mereka menggunakan LOA ini kearah keinginan yang bersifat materialistik. Duit, kaya, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Anda pun pasti tahu mengenai perkara ini. Dan ada yang membuat frasa seperti ini:


"Apa yang anda mahukan? Rumah besar? Kereta mewah? Semuanya boleh anda kecapi dengan LOA"

Betulkah dengan LOA kita boleh dapat semua itu? Apa kelebihnya? Kalau mengikutkan logikal penulis, LOA takkan memberikan semua itu kepada anda. Percayalah. Kenapa penulis berkata begitu?

Berdasarkan perhatian penulis, pengajar2 LOA ini ambil secara bulat-bulat mengenai konsep LOA ini dari barat. Anda amalkan LOA dan biarkanlah Minda separa sedar melaksanakannya! Hah?? Begitu mudah? Tanpa usaha ka? Setiap hari, sebelum tidur anda hanya perlu tulis apa yang anda inginkan, bayangkan, dan satu hari nanti ianya pasti menjadi milik anda. Betul kah?


Setiap kejayaan perlukan usaha, dengan LOA semata-mata anda takkan kemana!. LOA itu yang bercorak seperti afirmasi yang penulis lebih rela mengatakan NIAT adalah satu kaedah untuk memberikan perasaan positif dalam diri anda.Tetapi, LOA tidak akan memberikan semua impian anda.

Anda terlupa kah? Yang Mengizinkan segalanya ialah ALLAH. Kamu lupakah? dan kenapa barat mencipta LOA?? Dan mereka berkata bahawa dengan LOA, minda separa sedar kita akan memberikan apa kemahuan kita. Kenapa barat mengagung-agungkan kuasa minda??

Walaupun kuasa minda ini adalah suatu perkara yang tidak boleh diukur. Tetapi, ramai yang taksub kepada kuasa MINDA SEPARA SEDAR. Janganlah terlupa, yang berkuasa mengubah ialah ALLAH. Dengan izinya. Adakah barat sengaja mencipta teori kuasa minda ini? Untuk melupakan kita? Wallahualam.

Pasti kamu semua tergelak dan tertanya pada diri sendiri bahawa blog penulis ini menceritakan mengenai eksplorasi penulis dalam bidang kuasa minda. Percayalah, penulis memang berminat untuk mengkaji semua ini, tetapi penulis hanya terkilan dengan kebanyakkan orang kita. Mereka membuat duit dengan LOA, menanamkan konsep barat itu kedalam generasi kita. Kasihan.

Wahai pembaca sekalian, tiada salahnya kita mempraktikan LOA, kerana bagi penulis, LOA ini dapat memberikan impak positif kepada fikiran dan diri kita untuk lebih berjaya. Tetapi, konsep kuasa minda yang boleh memberikan semua impian anda itu, lupakan saja. Kerna bagi penulis, DIA sahaja yang memberikan semua impian kita.

LAW OF ATTRACTION sama juga dengan niat. Tetapi kalau niat, kita memanjatkan kepada ALLAH. berbeza dengan LOA memanjatkan kepada KUASA MINDA!.

Gunalah LOA dan percayalah dengan izinNya akan merubah segalanya.

2 comments:

  1. xsalah lau kita nk menggunakan LOA nie.tp,syaratnya,kita perlu berusaha la.jgn ddk diam jer tanpa buat ape2.tanpa usaha,kita xkn ke mana dan x kn dpt hasilnya..

    ReplyDelete
  2. Iye betul tu. Sebenarnye..konsep LOA nie..ialah afirmasi positif..dan Minda Bwh Sedar (MBS) kita akan bergerak ke arah itu. Silap kita ialah mempetaruhkan kepercayaan kepada MBS dan bukan Illahi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...