06 June, 2010

NLP-Pergerakan mata dan apa maksud disebaliknya

Didalam kajian NLP, pergerakan mata merupakan salah satu cara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar atau sebaliknya. Lazimnya, kita dapat perhatikan perubahan mata pada seseorang apabila kita bertanyakan sesuatu.

Dalam kes ini, untuk mengetahui seseorang itu bercakap benar atau tidak, kita perlulah terlebih dahulu merancang soalan untuk menguji orang tersebut. Perlu ke merancang? Tidak semestinya, tetapi lebih elok kalau soalan itu dirancang. Rujuk pada gambar-gambar dibawah ini, saya akan selitkan sedikit penerangan untuk anda lebih memahami mengenai pergerakan mata tersebut:



Vc, Visual Constructed Images (Mencipta gambaran imej)
- Pergerakan mata: Atas dan ke kiri (arah ini adalah arah pandangan anda pada orang tsbut)

Selalunya, pergerakan mata ini terjadi apabila anda bertanya, bayangkan itik berwarna hijau. 

Vr, Visual Remembered Images (Mengingati gambaran imej)
- Pergerakan mata: Atas dan ke kanan.
Contoh soalan: Baju raya anda tahun lepas warna apa?

 Ac, Auditory Constructed (Mencipta gambaran suara)
- Pergerakan mata: Kiri
Contoh soalan: Macam mana agaknya kalau suara beruang dan ayam disatukan?

Ar, Auditory Remembered (Mengingat suara)
- Pergerakan mata: Kanan
Contoh soalan: Ingat tak suara ibu kamu?

Ai, Internal Dialog (Bercakap dengan diri sendiri)
- Pergerakan mata: Bawah dan ke kanan
Menunjukkan orang tersebut sedang bercakap dalam hati atau dengan diri sendiri

F, Feeling/Kinestatic (Perasaan)
- Pergerakan mata: Bawah dan ke kiri
Menunjukkan seseorang sedang mengingati suatu rasa, bau atau pun perasaan.

Jadi dengan bersandarkan pada panduan ini, anda boleh mengetahui seseorang itu bercakap benar ataupun tidak dengan melihat pergerakan mata mereka. Menarik bukan?

Tetapi harus diingat, pergerakan diatas adalah untuk mereka yang lazimnya menggunakan tangan kanan, maksudnya mereka bukan kidal. Jika seseorang itu kidal, mungkin pergerakan mata mereka adalah berbeza. Pembaca harus juga ingat bahawa perkara ini tidak menjanjikan 100% yang boleh membuktikan seseorang itu menipu.


Rujukan: http://www.blifaloo.com/info/lies_eyes.php

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...