22 April, 2011

Aliran panas dalam perut..

Saja den kongsikan pengalaman...

2-3 hari ni, badan den rasa panas semacam, panas dalaman. Ianya tidak bersifat luaran. Tetapi kalau anda pernah merasai apa yang den maksudkan mesti anda tahu apa yang cuba den story.

Kalau yang tak faham apa yang den maksudkan, ceritanya lebih kurang begini, panas dalam kita dapat rasa, tetapi bila kita pi check suhu badan..ianya normal. tetapi kita dapat rasa bahang panas tu di dalam badan kita.

Den suka amalkan bismillah enam ini & beberapa amalan lain iaitu setiap kali solat. Tapi lately, badan den kadang2 rasa ada aliran panas. Perut den yang paling ketara..Ingatkan sakit perut..pi tandas nak memerut tapi tak dok hasil. Den pun pelik.

Panas tu berpusing2...berjalan2...huh..

Mungkinkah sebab den ada amalkan zikir al-ihklas?? Hurmm mungkin juga. Den buat amalan ini tak pernah pun nak mencari Khadam ataupun sebagainya. Cuma den amalkan untuk perlindungan diri den, dan juga mendapat keredhaan Allah swt.

Masa den mula amalkan zikir al-ikhlas tu, 2 hari den tidur tak nyenyak..jasad tidur..tapi entahlah memang kalau bangun rasa letih atau macam tak cukup tidur..tapi den xde lak mengalami apa-apa mimpi.

Walau apapun den tetap bersyukur, den sihat wal-afiat.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...