13 April, 2011

Kelebihan Bos Cerewet..

Hah, hari ini hati ada sikit berbulu disebabkan perangai bos yang cerewet. Giler!. Memang susah dapat bos macam ni. Sabo je la...(versi hantu kak limah)


Aku ada seorang bos kenit, uppss rendang, dan perangai dia agak len macam skit. Memang cerewet giler, xley handle. Kerja senang boleh jadi susah. Kerja susah lagi laa menjadi super duper susah. Disebabkan keterlebihan dalam perkara-perkara remeh-temeh. Nasiblah. Mungkin ada betulnya, orang cakap kalau perempuan jadi bos memang macam ni. Bukanlah kenyataan ini bersifat berat sebelah terhadap isu gender. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dimana-mana tempat kita bekerja. Tetapi bukan semua perempuan lah ya. Aku khususkan kepada bos aku aje. Jangan terasa hati lak pempuan2 yang kat luar sana. Tapi kalau korang terasa pun aku tak kisah. Aku cakap based on apa yang aku lihat (norma).

Kadang-kadang aku terfikir kenapa dia perlu bersikap macam tu. Jadi hasil daripada logik sahaja aku membuat rumusan.

Sebab-sebab Bos Kenit aku perangai seperti itu:
1. Sebab dia kenit, kalau dia x fussy dia takut orang memandang kerendahan   rendah terhadapnya.
2. Mungkin dia fikir, kalau jadi bos (walaupun dia timbalan sahaja) dia perlu fussy barulah pekerja respect (pada hakikatnya...muncullah satu blog seperti ini...hehe)
3. Dulu mungkin dia selalu kena buli, sebab dia rendah..orang selalu terkutuk dia sebab tak perasan dia masa tengah lalu dekat situ. Jadi dia balas dendam.
4. Mungkin sebab dia nie jenis Queen Control, sebab aku pernah tengok suami dia. Aku rasa kesian.
5. ...cukuplah ..aku tak larat nak tanggung dosa kutuk dia...

Tetapi, aku bukanlah sejenis yang negatif, dan aku sering menyelitkan unsur positif didalam kenegatifan sesuatu perkara. Maka segala isu2 yang aku bincangkan akan bercampur aduk dan huru-hara. Dan itulah kelebihan aku. Boleh meneutralkan keadaan ataupun sebaliknya. Kekeke


Antara perkara positif yang aku nampak ialah:
1. Dia comel..sebab kerendahan ketinggiannya itu..
2. Tak apalah dia cerewet, sebab dia memang nak pencen dah pun. Aku tak kisah. Kita sabo je la.
3. Ada bagus gak bos cerewet, so kita boleh make sure kerja kita bermutu terutama sekali apabila kena bentang dekat dia.

Jadi, janganlah mengeluh sangat kalau dapat bos kepala angin, kepala batu, kepala besar dan sebagainya. Sebab memang itulah kepala mereka..kita tak dapat buat apa pun. Mungkin kita perlu belajar cara menangani orang-orang / bos-bos seperti ini.

Apakah cara terbaik yang kita boleh lakukan sebagai pekerja? Nak mengampu? Itu bukan cara saya...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...