10 April, 2011

Buang batu karang??

Harini den dapat satu gambar baik punya. Gambar batu karang yang dikeluarkan oleh seorang pakcik. Den tak taw status pakcik tu sama ada dia bomoh ataupun perawat yang lain.

Batu Karang yang dikeluarkan
Inilah gambar batu karang yang telah dikeluarkan oleh perawat tersebut. Kaedah pembuangan batu karang itu hanya menggunakan limau sunkist. Memang agak pelik bunyinya kerana lazimnya kita mendengar mengenai bedah batin. Tetapi perawat ini menggunakan limau sunkist lalu melalukan pada bahagian pinggang pesakit dan memerahnya. Hasil daripada perahan tersebut muncul lah batu-batu kecil ini.
Batu karang...? cam batu kat jalan je.
Melalui pemerhatian den pada gambar, den rasa musykil. Batu karang tersebut seperti batu-batu ditepi jalan yang biasa kita lihat. Jadi, dengan menggunakan rasional pemikiran, anda yakinkah yang dikeluarkan itu batu karang?  Bukanlah saya nak memburuk sangka terhadap perawat tersebut tetapi kalau anda semua lihat sendiri, adakah anda juga berfikir seperti saya?

 
Kalau anda semua berminat hendak mengetahui mengenai rupa bentuk batu karang sebenar yang dikeluarkan oleh doktor. Disini saya akan menunjukkan gambar batu karang yang sebenar hasil daripada pembedahan. Gambar ini saya ambil dari Berita Harian Online. Hehe. Lihat, perbezaan batu karang tersebut.

Sekali lagi, bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak. Tetapi jika diamati memang jelas perbezaan batu karang diatas dan juga dibawah ini.
Justeru itu, sejauh manakah kebenaran kaedah perubatan tersebut? Adakah ianya satu penipuan? Inilah yang seharusnya kita selidik bersama. Mungkin ilmu perubatannya berbeza tetapi ianya benar-benar sembuh. Mungkin juga ianya melibatkan permainan jin dalam perkara ini?

Walau apapun, saya ingatkan kepada semua serta diri saya sendiri, yang mendatangkan kesembuhan ialah Allah swt semata-mata.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...