05 April, 2011

Aurad Imam Ghazali

Ada satu amalan yang dikatakan tidak ditinggalkan oleh Imam Ghazali iaitu membaca aurad. Disini saya akan kongsikan aurad imam ghazali bagi mereka yang ingin mengamalkannya

Baca aurad ini setiap hari sebanyak 1000 kali.
1. Hari Isnin, bacalah "Laa hawla wa laa quwwata illaa billahil 'aliyyil azhiim"   
2. Hari Selasa, bacalah "Shallahu 'alaa Muhammad"
3. Hari Rabu, bacalah "Astagfirullaahal 'azhiim"
4. Hari Khamis, bacalah "Subhaanallahil 'azhiimi wa bi hamdihi"
5. Hari Jumaat, bacalah "Ya Allah"
6. Hari Sabtu, bacalah "Laa Illaha illallah"
7. Hari Ahad, bacalah "Yaa Hayyu Yaa Qayyuum"

Maksud:
1. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang luhur lagi agung
2. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Nabi Muhammad saw
3. Aku minta ampun kepada Allah yang agung
4. Maha suci Allah yang agung dan segala puji bagiNya.
5. Yaa Allah
6. Tiada tuhan melainkan Allah.
7. Dzat yang hidup kekal dan berdiri sendiri. 

Kelebihan: Meningkatkan darjat supaya lebih disegani dan dihormati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...