20 April, 2011

Amalan Pagar Laut...

Ini adalah amalan untuk memagar rumah anda. Dengan menggunakan pagar laut. Semua ini hanyalah dengan izin Allah. Cara amalannya pun tidak sukar, kerana hanya menggunakan ayat kursi sahaja. Yang rata-ratanya hafal ayat ini.


Pagar Laut ada..pagar api pun ada. Tetapi saya kongsikan pagar laut untuk kebaikan kita bersama. Antara kelebihan pagar laut ialah rumah pengamalnya kelihatan seperti dikelilingi oleh lautan. Justeru, ianya akan menghalang daripada seseorang yang berniat jahat untuk memasuki kawasan rumah anda.

Kalau dah masuk?? Hehehe..kalau dah masuk dorang tidak boleh keluar..



Cara amalannya ialah dengan membaca ayat kursi 9 kali waqaf (berhenti). Bayangkan lautan mengelilingi rumah anda (dari kiri ke kanan) ketika anda membaca ayat kursi.

Nota:
1. Amalan dilakukan selepas waktu maghrib.
2. Dilakukan sebanyak 44 hari berturut-turut.
3. Ayat kursi dibaca dengan 9 kali berhenti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...