19 August, 2011

Cara Unroot SGSL seLengkapnya

Bagi sesiapa yang dah wat rooting pada phone SGSL. Korang juga boleh buat proses unroot. Tetapi perlu diingatkan proses unroot biasa dengan menggunakan Superoneclick merupakan kaedah separa unroot sahaja. Ini kerana busybox dan lain2 file semasa proses rooting tidak dibuang dengan selengkapnya.

Kalau anda jenis yang rajin membaca di blog2 android development. Ada juga diterangkan bagaimana kaedah untuk melakukan Total Unroot / Complete Unroot SGSL.

Unroot? Kenapa pula?
Bagi yang dah biasa dengan rooting. Memang kompem lah korang akan merasa rindu kalau phone SGSL korang perlu di unroot semula. Ini kerana banyak fungsi-fungsi yang memerlukan peranan admin / root tidak dapat dilaksanakan. Banyak aplikasi yang menggunakan kelebihan aksesibiliti apabila rooting ni, contohnya Root Explorer, Wifi Tethering, Backup seperti Titanium backup, sesetengah optimizer tool juga menggunakan peranan root!. Jadi kenapa perlu unroot? Mungkin jawapan paling tepat ialah untuk mengembalikan Warranty anda!


Den bukanlah genius mano pun. Tetapi den tulih ikut suka ati den ajo. Den raso kalao korang mahu unroot secara lengkap phone korang, maka ini merupakan cara-caranya!:

1. Kaedah kacang
Sebenarnya den tak tahu nak letak tajuk apa bagi kaedah ni, tetapi kaedah ni merupakan kaedah yang paling senang dan less risk. Kihkih. Maka dengan itu den namakan ia kaedah kacang! Cara-caranya ialah
a) Unroot guna superoneclick.
b) Kemudian , download z4root dan install dalam phone SGSL korang.
c) Selepas install, di z4root korang klik unroot.


Den dapat benda ni dari forum, tapi bila den search balik tak jumpa lak aih. So den tulih apa yg den ingat jo.

2. Kaedah Flash Firmware.
Hehehe. Kalau korang flash firmware korang kepada stock asal. Kompem phone korang akan kembali virgin. Tapi dengan syarat! FIRMWARE MESTILAH FIRMWARE ASAL. Kalau SGSL tu mungkin DXKB2 laaa kat mesia nie.

Berkesan ke kaedah2 ni?
Den x dapek lah nak memastikan kaedah ini betul2 boleh membuatkan korang claim kembali warranty. Tetapi kalau ada di antara ANDA yang sedang membaca ini pernah melakukannya. Maka silalah bagi pandangan/ pengalaman anda bersama saya.






2 comments:

  1. kalau dah root, tak leh guna wifi tethering dah ker? means Mobile AP tuh dah xleh guna ek?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...