30 May, 2010

Teknik membaca pantas


Dahulu ketika penulis menjalani pengajian di universiti, penulis telah ditemukan dengan satu buku mengenai cara-cara memaksimumkan penggunaan otak oleh Tony Buzan. Penulis memang selalu ke perpustakaan dan mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan potensi otak dsb. Semenjak dari itu, penulis mula minat pada konsep Tony Buzan dan penulis mengadaptasikan konsep-konsepnya kedalam pembelajaran penulis. Hasilnya? Cukup memberangsangkan =). Yeahh, ada suatu ketika, penulis dapat mengingati semua pengertian2 didalam satu buku. Yeahh, kawan-kawan memang terkejut. dan ketika exam, penulis tersenyum je menjawab soalan.

Markah? Sayang sekali penulis cuma dapat 96% sahaja. Dan dalam teknik buzan juga ada diterangkan mengenai FAST READING. Fast reading merupakan suatu teknik untuk seseorang itu membaca lebih pantas dan memahami kandungan yang dibaca. Kita telah dididik sejak dari kecil untuk mengeja dan membaca satu persatu, perkataan demi perkataan, ini merupakan salah satu cara yang salah kerana ia melambatkan lagi proses pembacaaan kita. Dan memang terbukti, kalau kita teruskan dengan pembacaan begitu, 10 minit kemudiannya kita sudah merasa penat dan bosan.

Jadi bagaimana untuk membaca dengan pantas? Mudah sahaja sebenarnya dan ia hanya memerlukan latihan dan teknik yang betul. Anda hanya perlu konsisten untuk menjalani latihan ini.

Latihan Permulaan
1. Baca 3 perkataan sekaligus. Jangan membaca dan menyebutnya, hanya biarkan mata dan otak saja yang membuat proses tersebut. Jadikan jari anda sebagai penunjuk (guide, ini sangat penting).
2. Dan teruskan mengambil 3 perkataan berikutnya, dan seterusnya dan seterusnya. Jangan lupa jadikan jari anda sebagai penunjuk. Dan lebih bagus gunakanlah penunjuk yang lebih kecil supaya bacaan anda tidak dihadang oleh tangan. (pen, pensil, lidi satay, pun sudah ok)
3. Teruskan bacaan dan jangan sesekali cuba recall back apa yang telah anda baca. Penulis yakin otak kita mampu memahami setiap apa yang kita baca.
4. Kali ini, cuba anda perhatikan tahap pemahaman anda ketika menggunakan teknik ini. Adakah anda boleh memahami apa yang anda baca? Boleh? Bagus. Maka bacaan pantas bukanlah sesuatu yang mustahil

Latihan Berikutnya
1. Gandakan bilangan perkataan bacaan anda, dari 3 perkataan kepada 5 perkataan sekaligus. Dan teruskan buat latihan ini.
2. Cuba dalam masa seminggu teruskan memperbaiki skill bacaan anda.
3. Jika anda dapat menguasai skill tersebut. Kita advance kan lagi skill tu. =)

Latihan + +
1. Lima (5) perkataan sangat mudah? Ok. Sekarang ni, cuba baca satu baris sekaligus. Dan teknik penunjuk adalah seperti berikut:
Letakkan pen pada awal baris dan gerakkan ke penghujung baris dengan kelajuan sederhana dan tidak terlalu perlahan. Mata anda perlu mengikuti pergerakan dan seiring dengan kelajuan pen tersebut
2. Ambil 2 baris sekaligus. =). Anda pasti boleh. Cara penunjuk adalah seperti berikut:
Letakkan pen pada awal baris, dan gerakkannya ke akhir baris 1 kemudian ke awal baris 2 dan ke penghujung baris 2. Pastikan mata anda mengikuti penunjuk tersebut. Gerakan sepatutnya dibuat dengan kelajuan yang sesuai dan mudah diikuti oleh mata anda. Gerakan itu seperti gerakan gelombang atau bentuk 'S' yang terbalik.
3. Teruskan kaedah ini dan eksplore untuk menjadi lebih dan lebih pantas. Cuba untuk membaca 5 baris seterusnya. Okay?

Bagaimana pula dengan pemahaman dan ingatan? 
Ketika anda menggunakan teknik ini, anda akan merasa yang apa yang anda baca dapat ditangkap oleh otak anda. Untuk mengingati pula, anda perlu mengambil masa untuk berhenti. Cuba fahamkan dan ingat. Kemudian teruskan pembacaan. Contoh:
5 baris pertama -> Berhenti -> Ingat dan faham ---> Baris berikutnya-->Berhenti-->Ingat dan faham. Seterusnya..
Semasa berhenti untuk proses ingat dan faham, jangan sekali kali patah balik dan membaca teks sebelumya. Anda perlu percaya kepada kemampuan otak anda. Lagipun, ini adalah sesi latihan. Anda boleh semak kemudian mengenai pemahaman anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...