25 May, 2010

Penyembuhan Jarak Jauh cubaan pertama =)


Hari ini, saya diberikan sebuah manual mengenai REIKI. Didalam manual tersebut terdapat cara-cara untuk melakukan penyembuhan termasuk penyembuhan jarak jauh.

Untuk pengetahuan semua, penulis belum lagi dibuat penyelerasan untuk REIKI HIKMAH SUFI oleh guru. Tetapi, penulis cuba untuk mengubati sakit perut yang dialami insan yang penulis sayangi di Johor. Penulis kini berada di nogori. =). (kalau balik naik kereta tu dalam 3 jam perjalanan lah)

S sakit perut dan memberitahu saya. Kemudian saya pun berkata kepadanya, saya akan mengubatinya jarak jauh. Walaupun mentah, bak kata orang, tetapi apa salahnya mencuba?

Dengan berbekalkan manual yang saya perolehi hari ini, saya cuba untuk menenangkan diri. Menarik nafas perlahan dan tenangkan fikiran. walaupun pada waktu itu, penulis berada di tempat kerja.

Penulis mengambil sehelai kertas dan mengoyak kecil untuk menulis nama penuh S. Selesai tulis, penulis memberitahu S supaya relaks dan baring. Tetapi S mengadu yang dia tak boleh buat seperti itu kerana perutnya begitu tidak selesa.

Penulis pun menyuruh dia relaks sahaja. Penulis beristighfar seberapa yang boleh, mengucap 2 kalimah syahadah 3x, berselawat 3x, membaca bismillah dan Al-fatihah, kemudian membaca hauqalah.

Penulis mengambil kertas tadi, dan meletakkan diatas tapak tangan dan menekupnya menggunakan kedua tapak tangan penulis sambil berniat untuk mengalirkan energi kepada S supaya dia sembuh.

Semasa awalnya, penulis rasakan yang telapak tangan penulis menjadi lembap. Tetapi penulis tak hiraukan, teruskan mengalirkan energi. Telapak tangan mula merasa denyut kecil dan panas suam-suam. Penulis juga dapat rasakan kehangatan berputar2 di sekitar perut penulis. Penulis membiarkannya sahaja.

Penulis meneruskan dengan keadaan tenang, yakin, insyaAllah boleh dan sematkan dalam diri.
Selesai 10 minit. Penulis sms ke S dan menyatakan penulis buat 1o minit sahaja dan dah selesai.

S pun memberitahu, yang sakit perutnya kurang berbanding tadi. Berikut merupakan sms dari S:

"Tadi masa kol, sy sakit perut, memulas2, sebu je rasa. Pastu saya baring kejamkan mata. Xboleh nk relaks pd awalnya coz atet n xselesa. Dalam rasa tak selesa tu, tetiba hilang, saya dah xrasa pedih. Mane ntah dia pergi..pastu awak mesej sy dan ckp awk buat 10 minit je n dah selesai. Perut saya dah ok sikit dah, dah buang angin lagi.. pootttt!! :)"

Ini merupakan cubaan pertama saya. Adakah ini kebetulan? tapi apa pun syukur dia dah sembuh.

Selepas beberapa minit, penulis menerima sms dari S..dia kata yang dia rasa perutnya sudah ok. dan mengucapkan terima kasih pada penulis.

5 comments:

  1. bgs la.mmg xsalah pn mencuba.sbbnyer,kita ley ukur sejauh mne per yg kita dah tahu kn......

    ReplyDelete
  2. Salam..Dr Lee..
    Dr tggl di area mana?
    details xde pn..
    pls contact putra at
    contact.putra@yahoo.com
    just nk mengeratkan lagi silaturrahim...

    ReplyDelete
  3. saya tinggal di seremban skang nie. InsAllah kalau ada masa saya ctct kamu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ...boleh di terangkan lebih detail cara mengubati nya?

    ReplyDelete
  5. Untuk penerangan lebih detail..saya mohon saudara untuk merujuk master reiki itu sendiri.

    http://kursusreikihikmahsufi.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...