24 April, 2011

Serangan Stroke / angin ahmar

Stroke
Den tak tawlah..ramai keluarga/ saudara mara terdekat den kebelakangan ini kena serangan penyakit. Penyakit batu karang , dan baru-baru ini sakit angin ahmar.
Jadi den seperti biasa, akan mengkaji serba sedikit mengenai penyakit itu semua. Kali ini, den nak taw apa tu stroke. Dan apa yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit ini. Apakah ubat, ataupun ayat-ayat alQuran yang kita boleh gunakan. Apakah punca-puncanya?? Banyak persoalan yang bermain dalam benak den.

...Kisah yang terjadi..
Adapun den ada terdengar khabar saudara jauh yang terkena penyakit stroke ini. Menurut doktor, ianya hanya mild stroke sahaja. Tetapi ada juga yang mengatakan keadaan stroke tu bukanlah mild seperti doktor katakan. Sebab pesakit tersebut meracau2 ketika tidur..dan tangannya akan bergerak2..

Mengikut tukang karut (pencerita kisah ini)..pesakit tu tidak boleh menggerakkan anggota tangannya. Seingat den tangan sebelah kiri. Kasihan den mendengar keadaan beliau. Mudah-mudahan ALLAH menyembuhkan penyakit yang dialaminya.

Punca kepada stroke:
Stroke terjadi disebabkan oleh kekurangan darah oksigen ke otak. Sebab apa boleh kurang? Sebab berlakunya perkara seperti pembuluh darah tersumbat, sempit ataupun pecah...
Pembuluh darah tersumbat/pecah/ sempit ini boleh terjadi atas beberapa sebab. Antaranya ialah:
a) Pemakanan tak seimbang..tulah den dah pesan, jaga perut! jaga makan!.. Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang..Janganlah ekau bedal aja. Salah satu punca kepada penyempitan pembuluh darah ialah sebab kolestrol.
b) Ada penyakit darah tinggi?? Kalau ada, berhati-hati lah..sebab memang senang nak kena stroke. Stroke dengan darah tinggi ni dah macam adik beradik. Naik jer darah...berjaga-jagalah, dikhuatiri stroke menanti.
c) Merokok? Minum Arak? Suka fast food? Kurang bersenam? ahha..tahniah..ini pun penyebab boleh terkena kepada stroke.
d) Selalu tension ? Marah-marah? Kalau selalu tension dan marah-marah, bawalah diri bertenang. Kerana PEMICU stroke ini adalah disebabkan marah-marah, hipertensi dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
e) Dadah...kalau ambil dadah ni, lebih baik minum petrol. sama je kot...cuma pantas atau tidak aja untuk kojol.
f) Diabetes...

Okay..kita pandang dari sudut yang lain sikit..sudut lebih islamik..mengikut kisah-kisah nabi dsb. Stroke/Angin Ahmar juga ada kisah..
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

...haa itulah kisahnya angin ahmar ini...geruns?? Penyakit ini juga makhluk, diberikan kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada cucu-cucu Adam. Semoga kita dijauhi dari serangan makhluk ini.

Doa mengelakkan Angin Ahmar.
Berikut merupakan doa untuk mengelakkan daripada serangan angin ahmar. Seeloknya amalkanlah doa ini walaupun sekali.
Sambungan ke -2:


Sambungan ke-3:

Sambungan ke-4:
Sambunga ke-5:

Amalkanlah doa ini, semoga dengan berkat doa dan keizinan ALLAH. Kita dijauhi dari penyakit ini. Wallahualam.

6 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...